Mis u Thailand

Semalam nak buat Operasi buang data-data yang tak terpakai.. antara file yang kena backup gambar laa.. tetiba terbuka pulak Folder File Gambar yang kat Thailand.. Bler tgk teringat plak perjalanan aku dengan moqh kat Thailand dulu.. Bila tengok Teringat balik time perjalanan kami nak ke Thailand.. So Terpikir nak share balik gambar2 yang ade.. Dulu cerita x sampai abis kali rajin nak kongsi laa dengan semua yang ade nie.. gambar kat atas tu.. baru bangun dari tido.. memula susah gak laa nak biasakan diri dengan tido atas train nie.. goyang sana dan goyang sini.. abis boring x leh tido berjalan dari hujung gerabak ke hujung gerabak,gerabak kami nie kira canggih sbb boleh baring2 penuh jek mat saleh kat belakang

Duduk tanya moqh boleh tido ke x.. Dari KL 8.30 pagi dari pada KL Sentral.. Train nak ke Hatyai hanya seminggu sekali rasanya.. Yang paling x best bler nak makan ke berjalan sampai Hujung gerabak laa.. Terlupa pulak nak makan sebelum bertolak.. nak2 aku kena jugak berjalan ke gerabak hujung sebab lapar punya pasal… Beli nak beli makanan tu tengok harga memang mahal sangat.. nak x nak makan punya pasal kena beli apa yang ade kat atas tu… Pilihan tepat “meggie laa ” Harga dia x menahan mcm harga makan kat KFC.. Telan jelaa x payah ckp banyak… Dalam keadaan makan terpaksa pegang mangkuk Meggie tau laa dalam train goyang x berenti.. abis makan tukar turn dengan moqh pulak.. sebab x leh g makan sesama takut barang hilang dalam Train..

Sambung balik ke gerabak untuk sambung balik tido.. nak tido x boleh pulak terasa panas kat dalam train.. pegang Kamera ambik gambar diri masing2 tu sebab banyak gambar moqh jek aku ambik.. dah x de keje tu laa aktiviiti yang boleh buat.. nak keluar x leh sbb Train tengah jalan nak tgk view kat luar x boleh pulak sebab terlampau gelap sangat.. ade nampak mat salleh kat atas nak ajak borak takut dia x mo.. last2 tarik tirai cuba try nak tido.. Alhamdulillah dapat tido.. tido pon x berapa syok.. bler train tu berenti kat area perak.. dalam hati alamak lama tul laa keretapi nie berenti.. bila train dah jaalan try penjam mata… sedar dah sampai kat kedah.. sempat gak laa lalu kat kampung aku .. teringat kat kampung pulak,, kalau bas leh gak berenti kejap 🙂

Sedar x sedar kami dah sampai border Malaysia-Thailand. Pintu Masuk Padang besar nak ke Hatyai Terpaksa turun Sebab nak cop Passport kat imigresen.. ade Mat saleh nie x tau sekali nak kuarkan semua beg turun padahal nak cop passport.. Dah lepas cop passport kat imigresen malaysia kena pulak mengadap imigresen Thailand pulak.. Takut gak tengok muka-muka diorang mcm garang jek.. bler sampai gilirin moqh skali imigresen dia cakap “hang nak p mana nie.. x tulis pon nak p mana” Terkejut gak orang siam nie boleh loghat mcm tu.. kami lupa letak mana tempat kami nak p.. hehe.. Bler dah selesai sarapan kejap sebelum sambung perjalanan ke bangkok.. lama jugak laa nak tunggu train.. ingatkan dapat naik train yang sama.. rupa-rupanya kena tukar kepala Train .. Gerabak KTM malaysia .. Dia punya Kepala Thailand punya.

Pukul Daripada Padang Besar nak ke Hatyai ambik masa sekejap sahaja kalau nak diikutkan tapi sebab kami nie Train ambik masa jugak laaa Dalam Masa 1 jam perjalanan kalau guna train ke Hatyai.. ade Tanya kat abang yang jaga Tandas kat Stesen.. kalau nak ke Hatyai sekejap jek kalau nak ke bangkok ambik masa yang lama laa.. bila train dah masuk ke Thailand.. Kami dah rasa cabaran perjalanan kami dah bermula WELCOME to Thailand.. Terpaksa Susur dari Southern Thai ke Thailand.. Dalam Pukul 10.30 kami sampai di Stesen Keretapi Hatyai.. Bila Sampai dan langkah nak turun rase seronok sebab nie laa pengalaman kami yang pertama Travel secara beg Packers.. Sebelum nie kat negara sendiri x rasa sangat laa… Bila dah Sampai kami rase sikit2 dugaan tu…

Tak de orang ambik gambar kami kami ambik sendiri jek

Bila Turun Daripada Train kami tengok orang kat stesen tu dah mcm ulat.. duk pikir dalam hati.. nie mcm kat jakarta jek… nasib baik x de yang duduk atas bumbung train jek.. mak oiii kagum laa.. sebab banyak benda yang kami boleh tengok terutama dengan keadaan sekeliling sibuk dengan orang.. Dalam Train.. Waktu pulak time orang nak celeb New year.. Train Berasak2.. Kami rasa tercegang sekejap bila tengok keadaan mcm tu.. rasa mcm balik ke zaman 80an pun ada.. mungkin rasa pemakaian kot.. Hatyai pulak mcm sibuk.. Bila Satu Train berenti jek.. Semua org yang meniaga kat area situ serang masuk dalam train..ade yang jual ikut tingkap laa.. mcm2 laa.. Alamak mcm citer National Geographic laa pulak.. kamera memang x leh renggang laa.. sempat laa snap pe yang ade kat situ.. Orang kat situ pulak buat bodoh jekk bila kita ambik gambar dia x mcm kat malaysia.. silap hari bulan mau kena maki kat situ jugak.. ade jugak laa perasaan malu.. kalau nak dibezakan kulit kami nie dah sama… mb dia ckp budak nie.. Siam jugak kot hehe. Turun Dari train jek.. kami terus p kaunter pertanyaan ,tanya pasal tiket untuk hari nie.. sebab kami kena sambung perjalanan ke bangkok pada hari yang sama.. Bila pegi kat kaunter dia kata tiket untuk hari nie nak ke Bangkok dah Habis Esok May be ada.. sbb hari tu org sibuk nak ke bangkok sebab nak celebrate New year kat Bangkok, Nak x nak .. tanya org laa.. ade lagi x Transport nak ke bangkok.. orang kat sana cakap hari nie semua tiket habis ..mungkin esok ada… lepas tu nak wat mcm mana lagi kena buat keputusan kena bermalam untuk 1 malam kat Hatyai sementara tunggu Esok.. Kata kat moqh kita ambik gambar dulu laa.. tanya laa sesapa yang tau pasal tempat yang besst..

Tengah Jejalan Terserempak Pulak dengan Awek nie.. Sebelum nie diorang satu gerabak dengan kami dari KL-Hatyai.. dah Terserempak kitorang tegur laa diorang.. Tanya punya Tanya diorang nie Daripada Ireland nak ke Phi-phi Island.. Dengar cerita orang yang pernah pegi tempat tu kata.. mmg best.. tapi agak jauh sbb dari Hatyai nak ke sana ambik masa dalam 2 jam.. Bila dah borak hasil dia tgk laa gambar kat atas tu.. Tanya diorang lepas ke phi-phi Island diorang akan turun kemalaysia balik ikut Kelantan.. sempat gak laa pau Rokok Sebatang hehehe.. dapat Pulak Email.. x pe nanti aku p ireland aku cari hampa diorang.. hehe..

Lepas turun dari stesen Keretapi kami rase nak berjalan sekejap kat Bandar Hatyai.. Bila Turun kat depan mak oi!! terkejut semua orang nak attack orang yang turun dari Keretapi.. Kami kurang kena Attack laa sebab muka dah mcm diorang nasib x boleh cakap siam jek.. kalau x dah lama speaking dengan diorang.. Yang nampak Ketara kena attack orang Luar laa yang kulit putih gebu (mat salleh).. ingat dah selamat.. last kami jugak kena… phai!!! phai!!! kami x jawab.. sah2 laa dia tau kami orang Malaysia.. tu yang wat leceh.. x pandai ckp siam nie.. last2 ada suara keluar “Abangggg mau p manaaa bangg!!!” kecoh plak mamat nie. nak melayan driver Teksi lagi nak layan drive tut!!.. Teksi motor pon ada gak… pantang nampak Kami nie beg Besar.. semua tepuk Sit motor suruh naik.. iskkk leceh gak nie.. yang mamat sekor nie.. “Abg MUSSSLIM” dan2 bagi Salam .. x paa laa kala dia boleh tolong.. kami borak punya borak tanya laa mcm mana nak p Songkla tempat yang ada Patung ikan duyung..dengan Yakin dia kata boleh bawak.. p .. aku sampai ari nie aku x leh lupa muka mamat nie.. nak tau muka dia mcm mana tengok gamb kat bawah nie

Muka dengan Tak mandi Sehari.. Rimas-rimas oOoooo pantai Songkla Thailand

aku pun dah lupa apa nama mamat nie… Moqh may be dia ingat kot.. sebab moqh suka layan dia hehehe. Bila dah Bincang pasal tambang nak p sana.. masing2 setuju laa. nak p sana.. Kata pon bukan paaham sangat paa dia cakap … nak p ke Songkla ambik masa 1 jam jugak.. dari hatyai.. Dah Sampai kat Songkla cuaca pulak x berapa nak elok.. Sebab Hujan.. Alamak dah bayar.. dia datang jauh nie… dah laa 1 jam nak p tempat tu.. dia kata dia nak bawak kami jalan2 “Dont Worry i Taking care u” speaking London plak mamat nie… Taking sangat laa ko.. orang nak ambik gamb.. dia leh pusing balik ke Hatyai… Waktu aku dengan Moqh Muka dah lain dah.. dalam Hati apa nie.. Kata nak bawak jalan nie mcm nak balik.. kami dah nampak subject cun.. konon nak berenti.. hampeh x dapat nak ambik sebab drive laju… pulak tu… Dalam hati dah maki hamun $%^&&&&&&**** semua keluar laa… lapar punya pasal berenti jap marah cari kedai Tom yam satu kaliiii laa… main suke mamat nie kalau makan.. senyum jekk.. mcm2 pulak dia rekemen kami… Tom yam gong.. tom yam sim laa.. padahal dia nak makan… order lain.. Tom yam aku gak dia bedal.. iskkk.. x pe sabar2. hahaha..

Tengok tu… Dah kenyang main senyum lagi siap wat mata stim yang x leh tahan tu.. “Bukan Moqh laaa tu mamat pakai Baju Biru” :).. Teruja gak aku dengan moqh bila tengah makan tengok Botol Kaca Coke Besar tak ingat.. cakap kat Moqh “nie x de kat Malaysia nie kena ambik gamb.. hehe.. dah kenyang.. tu kami dah balik Hotel.. nak check in.. mamat nie kata hotel nie Cun.. Jangan Risau bang… Tanya laa pasal tadi apsal balik awal.. aku dengan moqh ckp esok ambik kitorang awal skit.. sbb kuar nak ambik gamb.. nak jalan ambik gambar.. dia kata untuk Hari nie cover balik untuk esok punya.. x payah bayar esok.. aku dah letih nak baring dalam bilik yang dia nie x rheti ke nak blah.. kacau betoi duk senyum sentel pulak.. dah dia antar petang tu kami sempat kuar jejalan kat Hatyai. Seronok gak laa dapat jalan.. nasib petang tu x bawak Beg Besar.. kalau x keje kena Hon jek.. dengan Teksi.. Cakap dengan Moqh balik nie kena ingat jalan.. takut kita sesat pulak nie.. hehehe.. dah puas jalan beli barang makanan apa yang patut laa.. pegi 7E .. cari makan yang halal jek.. byk gak kat dalam 7E yang x halal.. nak2 meggie cap Hidung besar.. takut gak.. balik Hotel Terus tido.. Best2 klau bab tido

Awas Jangan Meniru Aksi-aksi merbahaya utamakan Keselamatan

Awal-awal pagi dia dah Call kejutkan kitorang bangun tido.. Wahh bagus nie datang awal Displin punya supir bila dah bersiap dan mandi semua.. Packing baju semua laa sebab nanti lepas abis ambik gambar terus bertolak ke Bangkok jek.. Bila sampai kat bawah.. dia dah tunggu kemain senyum lagi.. bila nak bawak kuar beg.. dia kata x payah tinggal jek dalam hotel x pe.. konon dia kata dia kenal dengan staff Hotel nie.. duk dalam hati Apsal nak kena Tinggal plak.. kan dia bawak keta campak jek masuk dalam kereta kan senang.. aku rase dah lain mcm.. rupa2 yang ku sangka 4 tayar dah tukar jadi 2 tayar.. aku kata kat moqh.. “Oit kata keta bawak motor laa pulak” Pelik mcm mana nak bawak kami nie.. x kan nak ronda2 satu Bandar Hatyai naik 3 orang.. aduh.. Tanya laa dia apsal x bawak keta dia kata… “Banggg Oillll Mahaiii” kalau dah mahal baik x payah pakai keta.. aku dengan moqh dah rasa mcm tak puas hati dah.. semalam ckp lain hari nie cakap lain.. x pe nasib laa tu tmpt dia.. hehe.. Moqh Tanya dia Sewa motor berapa.. x sempat nak deal harga dia dah call kawan dia… amboi kemain cepat datang… mcm dah pasang plan .. aku dgn moqh malas nak layan.. wat tak tau jek.. mamat tu.. paksa suruh sewa plak tu.. bawak sorang x leh.. polis saman cis.. malas aku nak layan mamat nie.. nak wat mcm mana 3 org pon 3 org laa.. slamber jek.. 3 org 1 biji motor kalau kat Malaysia laa mau Tebal aku naik motor mcm tu.. bykkan laa naik 3 org kat KL.. malu x.. nasib laa kat Thailand.. hehe.. terpaksa aaaa rempit kat siam jap.. gilaa kami tanya laa dia.. kalau polis tahan nie kena saman ke x.. dengan ayat best dia kata “Dont Worry i Have Power” gila otai mamat nie… last ade ayat pelahan kuar dari mulut dia ” Polis Saman u Bayaq bang!!” banyak cantik muka hang.. cis. Cover line je laa.. benda yang aku x leh lupa.. dengan naik motor 3 orang.. boleh naik bukit tinggi.. bayangkan laa korang p genting jalan dia mcm mana.. sama laaa jalan mcm tu.. cuma bukit tu x sama tinggi genting jaa.

Gila gagah motor dia bawah naik 3 org.. sekali gear 1, Gear 1 pon x leh blah.. yelaa terburai enjin.. laa.. kalau buat mcm tu. aku nie dgn slamber laa turun jalan kaki “aduh gelak aku kalau ingat balik”.. Bukit tinggi skit aku laa jadi mangsa kena turun berlari.. moqh syok laaa sebab dia duduk kat tengah.. dengan helmet pon x de aduhhh

Dah penat aku duk belari.. sampai gak atas puncak.. kata sebelum nie tempat cantik.. rupa.. kalau nak dibezakan Batu Caves dengan tempat tu… lagi cantik Batu Caves.. alamak nie Tokong Biasa..  x paa dah sampaikan nak buat mcm mana ambik jelaa gambar yang ade.. dia duk bawah x ingat kami naik bukit tu.. boleh laa tengok view dari atas bukit.. mcm lepak kat bukit ampang tengok KL hehe..

Ade benda yang paling lawak . Bila aku dah sampai kat atas bukit duk ambik gambar sedap2 laa.. snap jaa gambaq ada laa org duk melawak temple atas bukit.. patung mcm kat Batu Caves tu.. lepas tu ada sorang mamat Siam nie duk tengok jek aku.. heran jugak laaa apsal dia duk tengok aku lain mcm jaa.. pikir balik.. kalau dia ushar aku mesti dia tgk muka aku.. tapi pasai paa dia tengok Baju aku.. aku duk pelik laa.. mb baju aku lawa kot.. ada Tulisan Siam Sikit.. pandang jaa.. x mo duk lama aku blah turun laa… dia duk tengok lagi.. sambil senyum.. aku dengaq dia kata mcm nie.. F***K  You.. aku cakap kat Moqh Siam nie duk tengok aku pelik nie.. x paa la.. aku turun bawah jumpa mamat kat bawah tu.. supir kami nie.. duk sesaja.. aku try laa tanya kat Supir nie.. apa maksud Tulisan kat Baju aku nie ,Dia gelak sentel dia kata “F***K Y ” dalam hati aku cis.. gila nie.. awat laa baju tu kata mcm tu.. hahaha.. baju tu aku beli kat KL.. aku ade tanya masa nak beli kat uncle nie kat BB.. apa Maksud nie.. dia kata maksud “Kesejahteraan” byk laa dia punya sejahtera.. aku x mo tanggung risiko.. aku bukan orang siam.. terus aku pakai baju terbalik hahaha… aduh x leh lupa laaa.. nasib laa.. kalau kena pukul.. masak gak aku nak elak.. hehehe pape pun citer nie  akan BERSAMBUNG

8 Responses

  1. best la cerita ko ni…
    lain dari yang lain… pengalaman mcm ni memang susah giler nak cari melainkan kalau rajin……..dan ada kemahuan…..
    aku tunggu jer sambungannya…. jangan lupa update aku…. jangan nanti dah lama nak bersambung….. terus lupa jalan cerita hahahahha

  2. bilaa best pengalaman korang nie

  3. tak tahan gelak sorang2 pagi2 nie….:)…

  4. weee~ sangat adventure..
    berapa bajet korg gi backpacking nehh??
    jangan lupa ya utk sambungannya… =D

  5. best..best…nanti sambung tau…aq nak gak p sana…so nak jadikan crita korang sbg panduan,,

  6. wah. sgt menarik smbungan die. plg tak tahan bab baju tuh.
    ahahaha. lawak giler ;p

  7. beshnye cite..lawak ok..leh gelak guling2 nihh..sgt lawakk naik moto 3 org..ahaha..comeii :p

  8. best cerita ni. mengingatkan aku pada trip backpack ke bangkok dgn parents aku. sama lah camni naik train, tapi kami redah smpai naik beca, van, moto semua cukup. teruskan bercerita yah…

Leave a reply to alif Cancel reply